Berita

Semangat Aidiladha: Latif sumbang 65 kilogram daging lembu

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi mengagihkan daging lembu kepada 65 keluarga yang kurang berkemampuan di DUN Gemencheh.

“Saya telah mengagihkan 65 kilogram daging lembu kepada 65 keluarga kurang berkemampuan di DUN Gemencheh.

“Pada tahun ini saya tidak dapat mengadakan program korban Aidiladha kerana SOP Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik Covid-19.

“Sementara masih dalam bulan Zulhijjah, mengambil semangat sambutan Aidiladha, daging lembu ini telah diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

“Pengagihan dibuat kelmarin, menerusi 19 pengerusi MPKK DUN Gemencheh,” kata Abd Latif.

Abd Latif mengucapkan terima kasih kepada Pertubuhan Ikram Negeri Sembilan yang menyumbang daging lembu tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button