Aktiviti

Sembang Santai Gemas dengar permasalahan masyarakat untuk diatasi

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti ‘Aishah Seman@Othman bersama Ahli Parlimen Tampin, YB Dato Dr.Hasan Bahrom menyantuni penduduk Felda Jelai 1 untuk mendengar permasalahan serta cadangan yang diutarakan.

“Program Sembang Santai ini diadakan secara berkala bagi mendengar permasalahan dan cadangan penduduk setempat.

“Segala permasalahan dan cadangan akan diperhalusi sebelum tindakan diambil.

“Saya juga menyampaikan bantuan pek makanan kepada 10 keluarga yang tidak berkemampuan.

“Seorang warga emas, Encik Idris Alias, 78, yang menghidapi asma menerima sejumlah sumbangan kewangan dari saya,” kata Siti Aishah.

Show More

Related Articles

Back to top button