Berita

Sembilan sekeluarga terima bantuan makanan dari Aishah

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti ‘Aishah Seman@Othman turun padang dan menyantuni sebuah keluarga yang menyewa sebuah rumah di kebun durian dekat Taman Bakti.

Siti Aishah berkata, beliau menziarahi Puan Thulasi Devi, 40an, dan menghulurkan bantuan barangan keperluan dapur.

“Puan Thulasi Devi tinggal bersama suami, anak-anak, ibu mertua dan adik beradik suaminya.

“Suami dan salah seorang adik lelakinya hilang punca pendapatan kerana bengkel kereta yang mereka berdua bekerja tidak beroperasi akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

“Justeru, diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak membantu keluarga ini,” kata Siti Aishah.

Siti Aishah juga menyerahkan bantuan bakul makanan kepada dua orang warga emas, Encik Woo Hoi Chee, 69, dan Encik Ang Ah Chai, 79, di Taman Bakti.

Show More

Related Articles

Back to top button