Seminar Strategi Pembangunan Modal Insan Keluarga Mualaf Negeri Sembilan
SEREMBAN: Seramai 100 orang mualaf yang turut disertai bersama 50 orang pasangan mereka telah menghadiri Seminar Strategi Pembangunan Modal Insan Keluarga Mualaf Negeri Sembilan yang dianjurkan oleh Pejabat Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan.
Exconya, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abd Malek berkata, program ini dikendalikan bersama dengan Prof Madya Ts.Dr.Mohd Nor Mamat daripada Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) UiTM dan Prof Madya Dr.Haslina Ibrahim daripada UIA.
“Program selama dua hari satu malam ini telah diadakan di Palm Hotel Seremban yang telah memberi banyak manfaat kepada peserta dalam usaha untuk membangunkan kecemerlangan diri, keluarga, masyarakat dan negara,” kata Mohamad Rafie.