Aktiviti

Senaling: 32 keluarga kurang kemampuan dapat perhatian Rais

SENALING: Sebanyak 32 buah keluarga di Kampung Dioh yang kurang berkemampuan dan ahli keluarganya yang uzur telah dilawati oleh Penyelaras DUN Senaling, Tuan Md Rais Basiron.

Md Rais menyerahkan sumbangan barangan keperluan dapur dan bacaan doa selamat diadakan di setiap rumah yang diziarahi.

“Semoga bantuan yang dihulurkan dapat meringankan beban setiap penerima,” kata Md Rais.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Dioh, Encik Johari Ibrahim dan Pengerusi MPKK Kampung Sungai Dua Besar, Encik Wahab Kari.

Sementara itu Md Rais turut menziarahi Zulkafli Zainudin yang terlantar sakit akibat penyakit usus di Kampung Sungai Layang Bemban.

Dalam kunjungan ini Md Rais menyerahkan bantuan kerusi sandar dan wang perbelanjaan untuk perubatan Zulkafli.

“Saya berharap dengan bantuan kerusi sandar ini ianya membolehkan Zulkafli duduk dengan lebih selesa dan dapat mengurangkan rasa sakit yang dialami beliau,” ujar Md Rais.

Turut bersama dalam lawatan itu Pengerusi MPKK Kampung Bemban, Encik Zakir Yusof.

Show More

Related Articles

Back to top button