Berita

Senaling: Keluarga miskin terima Rumah Mesra Rakyat dari TNB

Rumah berharga RM50 ribu dijangka siap Oktober ini

SENALING: Impian Encik Bhroto Atchutha dari Kampung Temeris untuk memiliki sebuah rumah telah tercapai apabila beliau telah terpilih sebagai salah seorang penerima bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawah Projek Rumah Mesra Rakyat bagi tahun 2020.

Rumah yang akan dibina dengan kos RM50,000, dijangka siap pada bulan Oktober ini.

Wakil Tenaga Nasional Berhad Seremban, Puan Rozimah telah hadir untuk menyerahkan surat kelulusan pembinaan rumah diiringi Penyelaras DUN Senaling, Tuan Rais Mohamad @ Basirun.

Bhroto sekeluarga yang kurang berkemampuan, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Tenaga Nasional Berhad, Kerajaan Negeri Sembilan serta Penyelaras DUN Senaling, Md Rais di atas usaha dan keprihatinan untuk membantu beliau.

Turut hadir Pengerusi MPKK Rembang Panas, Encik Mazlan Raffin dan Pengerusi MPKK Kampung Temeris, Encik Zahari Ashim.

Show More

Related Articles

Back to top button