Aktiviti

Senaling: Madrasah Seberang Pekan terima sumbangan RM500

SENALING: Penyelaras DUN Senaling, Md Rais Basiron menyampaikan sumbangan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan sebanyak RM500 kepada Madrasah Seberang Pekan.

“Sumbangan ini bukti komitmen Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang sentiasa menyokong bidang pendidikan termasuk pendidikan Islam.

“Saya berharap sumbangan ini digunakan sebaik mungkin,” kata Md Rais

Sementara itu Rais turut menyampaikan sumbangan kerusi roda, wang tunai dan barangan keperluan dapur kepada seorang pesakit strok, Amran Bidin, 57, dari Taman Dioh.

“Saya juga turut menyumbang tongkat empat kaki, wang tunai dan barangan keperluan dapur kepada Sat Wei Chan, 42, dari Kuala Pilah yang menghidapi penyakit saraf kaki.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung oleh pesakit ini,” ujar Md Rais.

Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Seberang Pekan, Encik Mark Fook Onn; Setiausaha MPKK Kampung Seberang Pekan, Puan Tay Chwee Bee dan Ahli Jawatankuasa MPKK Seberang Pekan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button