Berita

Senaling: Warga emas uzur disantuni Rais

SENALING: Penyelaras DUN Senaling, Tuan Md Rais Basiron telah mengadakan program ziarah dan bantuan warga emas yang uzur di DUN Senaling.

Dalam program kali ini, sebanyak tujuh buah rumah diziarahi oleh Md Rais di Kampung Rembang Panas.

“Saya telah menziarahi warga emas yang terlantar dan uzur. Saya menyerahkan sumbangan barangan makanan asas,” kata Md Rais.

Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Rembang Panas, Encik Mazlan Raffin.

Sementara itu dalam program yang sama di Kampung Terusan Seberang, Md Rais menyumbang sebatang tongkat kepada Rahim Udin, 63, yang menghidapi sakit saraf bahagian kaki.

Rahim turut menerima sumbangan barangan keperluan makanan asas dari Md Rais.

“Diharapkan dengan tongkat ini, ia memudahkan pergerakan Rahim untuk menguruskan dirinya.

“Beliau yang tingal bersama isterinya yang juga seorang warga emas,” ujar Md Rais.

Rahim dan isterinya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan dan Md Rais di atas bantuan yang dihulurkan.

Turut bersama dalam program ziarah ini, Pengerusi MPKK Kampung Terusan Seberang, Encik Fadil Mohd Nor dan Pengerusi MPKK Kampung Kuala Rembang Panas, Encik Kadir Bador.

Show More

Related Articles

Back to top button