Berita

Senama FC wakil Parlimen Jempol ke Kejohanan Piala MB

JEMPOL: Pasukan Senama FC dari DUN Jeram Padang telah menjuarai Kejohanan Piala YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Peringkat Parlimen Jempol.

Senama FC membawa pulang wang tunai RM3,000, piala pusingan dan pingat. Senama FC akan mewakili Parlimen Jempol di kejohanan peringkat negeri.

Kejohanan Piala YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Peringkat Parlimen Jempol berlangsung di Padang Majlis Perbandaran Jempol.

Turut hadir, Exco Pembangunan Belia dan Sukan, YB Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani; Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu dan Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli.

Kejohanan Bolasepak Piala YAB Menteri Besar Negeri Sembilan adalah anjuran Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (TABAH) dan Pejabat Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button