Berita

Seni melukis harus diwarisi generasi akan datang

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menghadiri Majlis Pelancaran Pameran Lukisan Alam Benda Negeri Sembilan di Muzium Negeri Sembilan.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Exco Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu, YB Mohamad Nazaruddin Sabtu. Majlis dimulakan dengan demonstrasi masakan dan Majlis Pelancaran Pameran Lukisan Alam Benda.

“Kemahiran seni melukis ini harus dipelihara dan terus dipromosikan agar generasi akan datang diwarisi dengan seni ini.

“Seni melukis merupakan satu kemahiran yang harus diajar kepada anak-anak muda agar seni ini terus berkembang,” kata Gunasekaren.

Turut hadir Exco Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Keluarga merangkap ADUN Bukit Kepayang, YB Puan Nicole Tan Lee Koon; Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Tuan Drs.Shamsudin Ahmad dan ADUN Temiang, YB Ng Chin Tsai.

Pameran ini adalah anjuran bersama Lembaga Muzium Negeri Sembilan dengan kerjasama PELUKIS, Persatuan Seni Kontemporari dan Kaligrafi, Persatuan Seni dan Kaligrafi Negeri Sembilan.

Untuk rekod, persatuan lukisan ini telah pun wujud sejak tahun 1960 lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button