Berita

SEREMBAN JAYA: 16 individu OKU disantuni Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyantuni dan menyampaikan pelbagai jenis bantuan mengikut keperluan kepada 16 individu Orang Kurang Upaya (OKU).

“Seramai 13 individu telah menerima bantuan barangan keperluan dapur, dua individu lagi menerima sumbangan susu tepung khas dan sebuah keluarga lagi telah menerima bantuan barang keperluan asas dan lampin pakai buang.

“13 individu yang menerima bantuan ini dari Taman Senangin, Taman Tuanku Ampuan Najihah, Taman Sri Mawar, Kampung Baru Rahang, Taman South East dan Taman Sri Kamban.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban keluarga ini di kala menghadapi pandemik Covid-19,” ujar Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.

Show More

Related Articles

Back to top button