Berita

SEREMBAN JAYA: 29 keluarga dikuarantin terima bantuan makanan

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren mengagihkan sumbangan barangan keperluan dapur kepada 29 keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19.

“Misi bantuan makanan kali ini melibatkan 29 keluarga yang dikuarantin di Taman Seremban Jaya, Taman Senangin, Taman Sri Mawar, Taman Forest Heights Bayu, Taman Seremban Jaya Fasa 10, Taman Rahang, Taman Bukit Sri Senawang dan Taman Senawang Jaya.

“Bantuan makanan yang dihulur termasuk beras, minyak masak, gula, susu, telur dan ayam segar.

“Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga ini dalam mengharungi kehidupan dalam suasana dikuarantin di dalam rumah bagi tempoh tertentu yang ditetapkan,” kata Gunasekaren.

Gunasekaren menasihatkan orang ramai mematuhi segala arahan Kementerian Kesihatan Malaysia dan jangan keluar rumah jika tiada urusan penting agar penularan pandemik Covid-19 dapat dibendung dan rantaian jangkitan virus Covid-19 dapat diputuskan.

“Sekiranya ada keluarga yang dikuarantin memerlukan bantuan makanan, boleh hubungi Kawasan Rukun Tetangga atau Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button