Aktiviti

Seremban Jaya: Dua ibu tunggal disantuni Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Dua ibu tunggal dari Taman Seremban Jaya di sini, mendapat perhatian dari ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.

Gunasekaren ditemani Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali menyantuni dua wanita tersebut yang memerlukan bantuan.

“Puan Sarina mempunyai enam orang orang dan tiga daripadanya adalah OKU pelbagai. Walaupun mendapat bantuan dari agensi lain, beliau tetap menghadapi masalah kewangan dan bercadang untuk berniaga untuk menyara hidup.

“Manakala Puan Norhasilah baru sahaja ditimpa musibah, di mana gerai niaganya hangus dijilat api dan hilang punca pendapatan bagi menyara kehidupan seharian.

“Saya akan mencari jalan terbaik untuk membantu kedua-dua keluarga ini, secepat mungkin,” ujar Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button