Aktiviti

SEREMBAN JAYA: Keselamatan pengguna jalan raya diberi perhatian

SEREMBAN JAYA: Pusat Khidmat Rakyat Seremban Jaya dengan kerjasama MPKK Kampung Baru rahang telah menganjurkan program gotong royong.

ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren berkata, program yang turut mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Southern Waste Management (SWM) dan SWCorp; diadakan bagi melaksana kerja-kerja pemangkasan dan penebangan pokok yang menghalang penglihatan pengguna kenderaan di laluan jalan utama.

“Kerja-kerja pemangkasan dan penebangan pokok perlu dilakukan kerana ia membabitkan isu keselamatan pengguna jalan raya.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini terutamanya MPKK Kampung Baru Rahang, MBS, SWM danSWCorp,” kata beliau.

Turut bersama, Ahli MBS, Puan Jamilah Said Ali dan Pengerusi MPKK Kampung Baru Rahang Encik Liew.

Show More

Related Articles

Back to top button