Aktiviti

Seri Menanti: Shahran santuni penduduk kampung yang sakit

Penduduk kampung yang sakit terima sumbangan kewangan dari Shahran

SERI MENANTI: Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat serta pengerusi-pengerusi MPKK DUN Seri Menanti dan Wanita KeADILan DUN Seri Menanti telah mengadakan satu lawatan menyantuni golongan yang sakit di Kampung Gemetir dan Kampung Ibol.

“Program ziarah penduduk kampung yang sakit ini bukan sahaja untuk menyampaikan sumbangan kewangan, tetapi ianya juga secara tidak langsung untuk mengenalpasti sebarang permasalahan penduduk kampung sekiranya ada.

“Di Kampung Gemetir saya sempat menziarahi Saudari Rusdiana Rusli yang menghidapi kanser payudara.

“Saudara Mohd Din mewakili menantunya yang masih lagi berada di Hospital Jempol, iaitu Saudara Mohd Jasmi Abas yang sakit kencing manis.

“Puan Dayang Maslauyah Abd Aziz, seorang ibu tunggal yang turut sakit kencing manis,” kata Shahran.

Shahran berkata, di Kampung Ibol pula, beliau menyantuni Saudara Zabidi yang telah patah tangan dan telah meninjau permasalahan yang dihadapi oleh beliau berkaitan bumbung rumah yang bocor.

“Saya juga melawat Puan Rahmah Ripin yang sakit tua dan uzur, manakala Aminah Ujang yang patah tangan.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga dan cepat sembuh.

“Permohonan mengantikan bumbung rumah Zabidi akan dipanjangkan kepada pihak yang berkaitan,” ujar Shahran.

Shahran juga merakamkan penghargaan di atas komitmen pengerusi-pengerusi MPKK yang turut sama menjayakan program ini.

Turut bersama dalam program ini Pengerusi MPKK Kampung Talang Ulu, Encik Shakirin Ibrahim; Pengerusi MPKK Kampung Merual, Encik Megat Abdul Wahid; Pengerusi MPKK Kampung Kuala Parit, Encik Ali Mat; Pengerusi MPKK Kampung Ibol, Encik Razali; Pengerusi MPKK Kampung Gemetir, Encik Jalaluddin; Pengerusi MPKK Kampung Bukit Perah, Encik Mohd Nor Udin dan Pengerusi MPKK Kampung Gamin, Encik Mohd Faizullah.

Ketua Gerak Gempur KeADILan DUN Seri Menanti, Saudara Azman Abd Malik Chiew; Wakil Wanita KeADILan DUN Seri Menanti, Puan Juriah Saring dan Pegawai Media Penyelaras DUN Seri Menanti, Puan Norliza Thani.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button