Berita

SERTING: Kerja penyelenggaraan longkang dan bahu jalan selesai

SERTING: Penyelaras DUN Serting Tuan Abdul Rahman Ramli berkata, kerja-kerja penyelenggaraan longkang dan bahu jalan di Kampung Gajah Mati, Kampung Bukit Laka dan Kampung Serting Hilir telah siap.

“Bahu jalan sepanjang 5 kilometer dan longkang sepanjang 700 meter telah diselenggara dalam kerja-kerja pembersihan ini.

“Selain itu longkang utama di tiga kampung tersebut juga telah diselenggara bagi mengatasi masalah banjir ketika musim hujan.

“Kerja-kerja penyelenggaraan ini mengambil masa selama enam hari untuk diselesaikan.

“Kini sistem longkang di tiga kampung tersebut berfungsi dengan baik,” jelas Abdul Rahman.

Abdul Rahman berkata, kerja-kerja penyelenggaraan ini dijalankan dengan menggunakan peruntukan Pejabat Penyelaras DUN Serting.

Pengerusi MPKK Kampung Gajah Mati, Kampung Bukit Laka dan Kampung Serting Hilir mengucapkan terima kasih kepada Abdul Rahman di atas usaha dan komitmen beliau menyelesaikan permasalahan yang berlarutan sejak sekian lama.

Show More

Related Articles

Back to top button