Berita

Setiap hari 200 orang datang minta bantuan makanan,” Loke

SEREMBAN: “Setiap hari secara purata 200 orang datang ke Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Seremban, memohon bantuan makanan dan senario ini menggambarkan betapa terkesannya masyarakat pada hari ini akibat pandemik Covid-19,” kata Ahli Parlimen Seremban, YB Loke Siew Fook.

Loke berkata, segala sumbangan bentuk kewangan atau barangan yang diamanahkan oleh orang ramai, dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk membantu rakyat yang terkesan.

“Lebih kurang 200 orang pemohon datang ke Pusat Khidmat untuk dapatkan bakul makanan setiap hari.

“Pejabat saya akan memberi bakul makanan kepada mereka pada hari yang sama atau hantar ke rumah mereka dalam masa yang terdekat.

“Pada masa yang sama, kami turut membantu mereka untuk mendaftarkan vaksin. Melalui inisiatif ini, kami harap lebih ramai rakyat Malaysia terutamanya warga Seremban akan menerima suntikan vaksin,” ujar Loke.

Loke berkata, hal ini amat pentung untuk mencapai imuniti kelompok.

“Daftar dan dapatkan vaksin bagi melindungi diri dan keluarga anda yang tersayang,” ulas beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button