Berita

Shahran borong pisang goreng bantu peniaga kecil

SERI MENANTI: Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat membeli kesemua pisang goreng yang dijual oleh Puan Suzaimah Abu Yadzip bagi membantu peniaga kecil tersebut.

“Saya telah mengunjungi gerai Puan Suzaimah di Tanjung Ipoh. Beliau menjual pisang goreng, makanan ringan dan air minuman berbotol.

“Beliau adalah peniaga yang masih setia berniaga di sini dan dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, perniagaan beliau terjejas.

“Saya telah mengambil peluang ini untuk membantu beliau dengan membeli kesemua jualannya dan pisang goreng itu diberikan secara percuma kepada pengunjung yang datang ke gerainya.

“Saya turut hulur sumbangan wang tunai kepada beliau, sebagai sokongan supaya beliau lebih bersemangat untuk terus meneruskan perniagaan,” kata Shahran.

Show More

Related Articles

Back to top button