Berita

Shahran: Bumbung rumah rosak dihempap pokok akan dibaiki segera

SERI MENANTI: Ekoran kejadian sebatang pokok yang tumbang dan menghempap sebuah rumah di Kampung Merual di sini, Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat telah bergegas ke tempat kejadian.

“Sejurus mendapat maklumat dari Pengerusi MPKK Kampung Merual, Encik Megat Abd Wahid saya bersama sukarelawan pejabat saya telah bergegas ke tempat kejadian untuk tindakan segera.

“Saya hubungi segera pihak bomba untuk menebang pokok yang tumbang. Alhamdulillah pihak bomba berjaya mengalih (menebang) pokok yang menghempap rumah penduduk tersebut.

“Saya mendapati sebahagian bumbung rumah tersebut telah rosak dan saya akan usahakan proses membaik pulih bumbung rumah itu dengan secepat mungkin,” jelas Shahran.

Sharan dan Ahli Jawatankuasa MPKK Kampung Merual turut membantu membersihkan batang dan dahan pokok yang telah ditebang.

Show More

Related Articles

Back to top button