Aktiviti

Shahran cadang penambahbaikan prasarana di Tanjung Ipoh

SERI MENANTI: Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat telah membuat lawatan ke kawasan tempat pembuangan sampah, gerai dan pondok tempat letak motosikal di Kampung Tanjung Ipoh.

“Tempat pembuangan sampah perlu ditambah bagi mengelakkan limpahan sampah yang berlebihan dan kedudukannya perlu diubah, memandangkan kedudukan sekarang menghalang pandangan pemandu kenderaan yang mahu keluar dari simpang berdekatan.

“Pondok tempat letak motosikal dan gerai milik Majlis Daerah Kuala Pilah di situ juga perlu dinaik taraf.

“Di kawasan simpang Kampung Tanjung Ipoh, terdapat banyak papan tanda arah jalan yang perlu diselaraskan bagi mengelakkan kesukaran pandangan pemandu serta memudahkan pemandu keluar masuk simpang.

“Saya juga mencadangkan railing di bahu kiri kanan jalan berhampiran simpang Tanjung Ipoh bagi mengelakkan pemilik kenderaan meletakkan kereta mereka yang boleh menghalang pengguna jalan raya,” jelas Shahran.

Shahran yang juga Ahli Majlis Daerah Kuala Pilah berkata, beliau akan memanjangkan perkara ini kepada pihak berkuasa tempatan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button