Berita

Kerja mendalamkan sungai untuk atasi banjir dimulakan: AMINUDDIN

SEREMBAN: Kerja-kerja mendalamkan enam sungai sebagai langkah mengatasi banjir di Negeri Sembilan sudah dimulakan.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, projek tersebut telah diluluskan Kerajaan Negeri pada tahun lalu, namun kerja-kerja hanya dapat dimulakan pada tahun ini berikutan pihak kontraktor perlu mendapatkan laporan daripada konsultan yang diluluskan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan.

“Ini adalah bagi mengelakkan masalah susulan timbul akibat daripada pendalaman sungai tersebut.

“Sebanyak enam lokasi telah dikenalpasti bagi projek pendalaman sungai ini iaitu:

i. Sungai Kepayang, Seremban.

ii. Sungai Linggi, Port Dickson.

iii. Sungai Pertang, Jelebu.

iv. Sungai Muar, Jempol, Tampin dan Kuala Pilah.

v. Sungai Pedas, Rembau.

vi. Sungai Kenaboi, Jelebu.

“Insya Allah, projek ini akan menambah kedalaman sungai dan seterusnya meningkatkan kapasiti sungai terutamanya ketika berlakunya kejadian hujan lebat,” katanya.

Aminuddin berkata demikian selepas melawat tapak projek mengorek Sungai Kepayang yang dilaksanakan berdekatan Taman Happy di DUN Rahang.

Menurut Aminuddin lagi, pelbagai projek lain turut dilaksanakan bagi memastikan aliran sungai lancar.

“Antara kerja-kerja yang telah disiapkan adalah:

i. Kerja-kerja memulihkan saliran dan kerja-kerja berkaitan di Sungai Paroi (9 Mei 2022 sehingga 25 Julai 2022).

ii. Kerja-kerja membuang halangan dalam sungai Batang Penar, Mukim Ampangan, Daerah Seremban (14 Mac 2022 sehingga 29 Mac 2022).

iii. Kerja-kerja membaikpulih Rubble Wall di koridor Sungai Linggi, Kampung Dato Mansor, Mukim Rasah, Daerah Seremban (14 Julai 2022 dan telah siap awal sebelum 28 Julai 2022).

iv. Kerja-Kerja penyaluran anak Sungai Paroi, Mukim Ampangan, Daerah Seremban (05 April 2022 sehingga 18 April 2022).

v. Kerja-kerja memulihkan saliran sungai dan kerja-kerja berkaitan di Kampung Mantau Mukim Rasah Daerah Seremban (7 April 2022 sehingga 2 Jun 2022).

“Manakala projek yang sedang berjalan adalah:

i. Kerja-kerja pemuliharaan Sungai Batang Benar di Kampung Ismail (24 Mei 2022 sehingga 13 September 2022).

ii. Kerja-kerja pembaikan tebing sungai dan pengukuhan ban Sungai Linggi Di Kampung Batu 3 Mambau, Mukim Rasah (dalam proses perolehan).

iii. Kerja-Kerja memulihkan saliran Temiang Diversion dan kerja-kerja berkaitan (dalam proses perolehan).

iv. Kerja-kerja penyelenggaraan Sungai Temiang dan kerja-kerja berkaitan Daerah Seremban (Mac-Disember 2022).

Show More

Related Articles

Back to top button