Berita

Shahran: Kampung Pulau bakal dapat balairaya baru

SERI MENANTI: Berita baik untuk penduduk Kampung Pulau apabila penantian mereka untuk mendapatkan sebuah balai raya sejak sekian lama akan berakhir tidak lama lagi.

Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat berkata, beliau menerima permohonan dari Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pulau, Encik Itam Daud untuk pembinaan sebuah balai raya di kampung tersebut.

Menurut Shahran, beliau seterusnya memanjangkan permohonan ini kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Pilah.

“Alhamdullillah, permohonan untuk pembinaan sebuah balai raya untuk kegunaan penduduk kampung telah diluluskan.

“Saya telah melawat tapak pembinaan balai raya yang baru di Kampung Pulau bersama Jurutera Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Pilah, Encik Mohd Faizul Mohd Ali Hanabiah.

“Tahniah kepada MPKK Kampung Pulau kerana dapat balai raya yang baru.

“Semoga dengan pembinaan balai raya yang baru ini dapat memberi manfaat bersama,” katanya.

Shahran berkata, pembinaan balai raya ini dijangka siap pada penghujung tahun ini dan ia dapat digunakan untuk aktiviti kemasyarakatan penduduk setempat.

Show More

Related Articles

Back to top button