Berita

Shahran komited pada pembangunan perkampungan

SERI MENANTI: Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat komited kepada pembangunan perkampungan di dalam DUN Sri Menanti.

Shahran berkata, MPKK Kampung Buyau baru-baru ini memohon untuk naik taraf jalan ke sebuah rumah penduduk.

“Kerja naik taraf jalan sedang dijalankan dan Insyah Allah esok akan siap.

“Terdapat juga permohonan naik taraf jalan di kampung lain, di mana ada permohonan yang dibuat tiga atau empat tahun lepas.

“Namun, tidak sampai setahun, kerja-kerja naik taraf telah dilaksanakan dan ada yang sedang dilaksanakan.

“Untuk rekod, terdapat 30 MPKK di dalam DUN Seri Menanti,” kata Shahran.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button