Berita

SHAHRAN: Masalah banjir di Kampung Tengah Hulu selesai

SERI MENANTI: Masalah banjir kilat yang sering melanda melibatkan beberapa rumah di Kampung Tengah Hulu di sini, telah diatasi oleh Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat.

“Baru-baru ini beberapa penduduk mengadu kepada saya berhubung kejadian banjir di kampung ini.

“Setelah meneliti, kejadian air hujan melimpah ke kawasan kampung berpunca dari kebun kelapa sawit yang terletak berhampiran.

“Kebun kelapa sawit ini tidak mempunyai longkang dan ini menyebabkan banjir kilat berlaku.

“Justeru, saya telah mengambil tindakan segera dengan melaksanakan projek menggali longkang tanah di kebun kelapa sawit ini sebagai langkah pencegahan banjir,” jelas Shahran.

Shahran berkata, beliau percaya kejadian banjir kilat tidak akan berulang lagi, setelah projek longkang tanah ini siap.

Show More

Related Articles

Back to top button