Aktiviti

Shahran menyantuni pesakit buah pinggang di Hari Raya

SERI MENANTI: Seorang Saudara Baru yang mengalami komplikasi buah pinggang, Saudara Adam Chew Abdullah dari Kampung Talang diziarahi Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat pada petang Hari Raya kelmarin.

“Alhamdulillah, pada petang Hari Raya saya berkesempatan menyantuni Saudara Adam Chew selepas menerima aduan dari salah seorang penduduk Kampung Talang Tengah.

“Seterusnya saya menziarahi Saudara Shafarizal Sharif yang turut mengalami masalah buah pinggang dan lumpuh kakinya. Saya turut menziarahi Saudara Ibrahim Hassan dan isterinya Puan Hamidah Wahid yang uzur.

“Saya menyampaikan sumbangan wang tunai kepada mereka. Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban.Semoga Allah memberi kesembuhan buat mereka,” kata Shahran.

Sementara itu, Shahran turut meninjau keadaan jalan ke rumah seorang penduduk kampung tersebut iaitu Puan Kamlah Joned dan permasalahan longkang yang mengakibatkan banjir di rumah anaknya.

“Permasalahan ini akan dipanjangkan kepada pihak yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya,” ujar Shahran.

Show More

Related Articles

Back to top button