Aktiviti

Shahran: Rumah warga emas dibaikpulih

SERI MENANTI: Permohonan seorang warga emas, Masyira Ismail, 50an dari Kampung Ulu Bendul untuk membaikpulih bumbung dan pintu rumahnya, akhirnya tercapai.

Berikutan aduan dari Pengerusi MPKK Ulu Bendul, Encik Shaharin Mat Basir; Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat telah menjalankan kerja membaikpulih kediaman Masyira.

“Semoga dengan bantuan ini, dapat meringankan beban beliau serta dapat mengatasi masalah yang berlaku jika hujan turun dengan lebat yang mengakibatkan rumahnya dimasuki air,” kata Shahran.

Show More

Related Articles

Back to top button