Aktiviti

Shahran santuni asnaf Kampung Temeris dan Ladang Kuala Jelai

SRI MENANTI: Penyelaras DUN Sri Menanti, Tuan Shahran Kaat telah menghadiri satu program menyantuni asnaf di Kampung Temeris dan Ladang Kuala Jelai anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Temeris.

“Kita masih dalam suasana sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang membangkitkan rasa cinta pada negara dan bebas dari penjajah.

“Selain memupuk semangat kemerdekaan, program ini memberi sumbangan barangan makanan asas kepada penduduk Kampung Temeris dan Ladang Kuala Jelai yang terdiri dari golongan asnaf.

“Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan sambutan dari penduduk setempat amat mengalakkan,” kata Shahran.

Setelah selesai program, Shahran menziarahi seorang warga emas, Encik Talib Hashim, 85, yang telah mengalami kemalangan dan mengakibatkan patah jari tangan dan kaki.

“Semoga dengan sumbangan kewangan yang diberi ini dapat meringankan beban beliau,” ujar Shahran.

Turut hadir Penyelaras DUN Senaling,Tuan Rais Basiron; Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan S.Musliadi Sabtu; Pemangku Ketua Cabang KeADILan Kuala Pilah, Saudara Azlan Hamzah dan Setiausaha KeADILan Cabang Kuala Pilah, Saudara Hazman Hashim serta Pengerusi-pengerusi MPKK.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button