Aktiviti

Shahran santuni ‘Frontliners’ di Seri Menanti

SERI MENANTI: Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat bersama Pengerusi MPKK Kampung Talang Ulu, Encik Shakirin Ibrahim dengan kerjasama Wanita KeADILan DUN Seri Menanti telah menyampaikan sumbangan kuih tradisional dan hamper kepada ‘Frontliners’ (petugas barisan hadapan) di DUN Seri Menanti.

“Kami mengagihkan sumbangan ini kepada ‘Frontliners’ di Klinik Kesihatan Terachi, Klinik Kesihatan Seri Menanti, Klinik Kesihatan Gunung Pasir dan kepada anggota polis dan tentera di sekatan jalan raya di Ulu Bendul.

“Sumbangan ini adalah sebagai penghargaan kepada ‘Frontliners’¬†yang menjaga kesihatan, keselamatan, keamanan dan keharmonian rakyat,” kata Shahran.

Shahran mengucapkan terima kasih kepada DKok Food yang menaja kuih tradisional.

Show More

Related Articles

Back to top button