Aktiviti

Shahran santuni masyarakat Orang Asal Kampung Langkap

SERI MENANTI: Pejabat Penyelaras DUN Seri Menanti telah mengadakan Program Ziarah Kasih di Kampung Orang Asal Langkap baru-baru ini.

Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat bersama Pengerusi MPKK Kampung Orang Asal Langkap, Tok Batin Yatim Lonchong telah menziarahi 20 keluarga yang kurang berkemampuan di kampung tersebut.

“Seramai 20 penerima menerima sumbangan barang keperluan asas.

“Saya juga telah meninjau keadaan rumah pemohon yang telah memohon bantuan bumbung dan naik taraf jalan.

“Insyah Allah tindakan akan diusahakan mengikut giliran permohonan yang sedia ada.

“Semoga dengan sumbangan ini ianya dapat meringankan beban serta mengeratkan hubungan sillaturrahim,” kata Shahran.

Turut hadir wakil wanita KeADILan DUN Seri Menanti, Puan Ramizah dari MPKK Kampung Ibol serta Ahli Jawatankuasa wanita dari MPKK Kampung Langkap.

 

Show More

Related Articles

Back to top button