BeritaMenarikProgram

Setiap tahun institusi tahfiz dan madrasah terima suntikan dana daripada Aminuddin

RAMADHAN: Setiap tahun Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun tidak pernah lupa untuk memasukkan dana bagi institusi tahfiz dan pondok di negeri ini dalam pembentangan Bajet.

Wakil dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Tahfiz dan Pondok Negeri Sembilan (PINTA), Encik Azhar Shaharudin berkata, saban tahun institusi tahfiz menerima dana daripada Menteri Besar.

“Beliau pernah berkata akan memastikan peruntukan dana bagi institusi tahfiz dimasukkan sebagai salah satu agenda di dalam belanjawan negeri.

“Kita dapat melihat bahawa beliau merupakan seorang yang berpegang pada kata-katanya. Setiap tahun ada peruntukan bagi institusi tahfiz.

“Pada tahun lalu, institusi tahfiz dan madrasah telah menerima dana sebanyak RM710,000.

“Insentif yang diberikan ini dapat membantu untuk meringankan beban institusi tahfiz daripada segi kos operasian dan aktiviti madrasah.

“Sumbangan ini juga membantu pihak tahfiz untuk menjalankan aktiviti bersama penduduk tempatan.

“Terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun dan Kerajaan Negeri di atas sumbangan ini,” kata Encik Azhar.

Show More

Related Articles

Back to top button