Berita

Shahran sumbang dana kewangan kepada NGO kebajikan wanita

SERI MENANTI: Pertubuhan Pembangunan Dan Kebajikan Wanita Perihatin Negeri Sembilan menerima sumbangan kewangan dari Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat.

“Saya telah menyumbang kepada NGO tersebut untuk menjalankan aktiviti kebajikan untuk golongan wanita di Parlimen Kuala Pilah.

“Parlimen Kuala Pilah mempunyai lima DUN, semoga setiap wanita dari lima DUN ini dapat manfaat bersama.

“Kita jaga kita, kita cuba bantu yang memerlukan,” ujar Shahran.

Pengerusi Pertubuhan Pembangunan dan Kebajikan Wanita Prihatin Negeri Sembilan, Puan Rusni Idrus menerima sumbangan dari Shahran bagi pihak NGO tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button