Berita

Shahran turun padang isu tebing sungai hakis

Masalah akan dipanjangkan ke JPS Kuala Pilah untuk tindakan

SRI MENANTI: Ekoran aduan yang diterima dari MPKK Kampung Ulu Bendul, Penyelaras DUN Sri Menanti, Tuan Shahran Kaat telah turun padang ke Kampung Ulu Bendul untuk melihat masalah tebing sungai terhakis akibat hujan lebat petang kelmarin.

“Hujan lebat ini menyebabkan tebing sungai terhakis dan batu sangkar hanyut dibawa arus. Pagar-pagar rumah di belakang rumah penduduk juga sudah runtuh.

“Saya akan mengesyorkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Pilah agar pembersihan sungai dijalankan, memasang semula batu sangkar dan meluruskan sungai di bahagian yang dianggap berisiko tinggi yang boleh mengakibatkan tebing runtuh.

Sebahagian tebing sungai yang terhakis.

“Sebanyak lima buah rumah yang terkesan dengan permasalahan ini.

“Saya akan memanjangkan perkara ini kepada JPS Kuala Pilah dan berharap tindakan dapat diambil secepat mungkin,” kata Shahran.

Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Ulu Bendul, Encik Shaharin Mat Basir.

Show More

Related Articles

Back to top button