Berita

Sahrizal: 61 pelajar DUN Kota terima Bantuan Anak Sekolah

Menerima RM300 seorang untuk Fasa 1

KOTA: Seramai 61 orang murid yang terpilih dari DUN Kota menerima Bantuan Anak Sekolah (B.A.S) sebanyak RM300 seorang untuk serahan Fasa 1, yang melibatkan peruntukan berjumlah RM18,300, kata Penyelaras DUN Kota, Tuan Sahrizal Masrudin.

“Pemilihan murid yang layak telah dibuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan menggunakan data e-kasih.

“Bantuan ini telah dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun pada Mac 2019 selaras dengan manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan Bersih, Muafakat, Sejahtera.

“Dengan peningkatan pelaburan mencecah RM4 billion ringgit, peningkatan pendapatan sehingga RM100 juta lebih, disertakan urustadbir yang baik oleh penjawat awam.

“Maka bantuan seperti ini diperkenalkan untuk mensejahterakan kehidupan rakyat,” kata Sahrizal Masrudin di Majlis Penyerahan Majlis Penyerahan Bantuan Anak Sekolah di Dewan Orang Ramai Chengkau.

Sahrizal berkata, semua ini berjaya dicapai dalam tempoh hanya 20 bulan pentadbiran Pakatan Harapan di Negeri Sembilan.

“Ayuh doakan negeri tercinta ini terus membangun dengan baik dan mendapat keredhaan dari Tuhan Yang Maha Pengampun.

“Alhamdulillah. Terima kasih Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan,” ujar Sahrizal.

Show More

Related Articles

Back to top button