Aktiviti

Sikamat: 167 keluarga kurang kemampuan terima sumbangan makanan asas

SIKAMAT: Pusat Khidmat Rakyat DUN Sikamat dengan kerjasama MPKK Jalan Sikamat telah mengadakan program sumbangan barangan keperluan dapur di Balai Raya Taman Desa Rhu.

“Objektif program ini untuk meringankan beban penduduk di (MPKK) Jalan Sikamat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Seramai 167 penerima yang layak telah menerima barangan bantuan barangan makanan asas seperti beras, minyak masak, susu, gula, garam, kicap, teh, biskut, tepung gandum, mee hoon, mee segera dan lain-lain.

“Penyerahan dibuat secara berperingkat bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pukul 5.00 petang dengan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan,” kata Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat DUN Sikamat, Encik Fakhrul Radzi Md Zin.

Turut hadir Pegawai Khas ADUN Sikamat, Encik Khalid Shariff; Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Encik Roslan Hassan dan Encik Husnul Hafis Abu Bakar.

Fakhrul Radzi merakamkan penghargaan kepada kepada Pengerusi MPKK Jalan Sikamat, Encik Khamis Saruan dan ahli jawatankuasanya, di atas kerja keras dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program ini.

Show More

Related Articles

Back to top button