Berita

‘Singgah Sahur’ Skuad KeADILan Negeri Sembilan santuni ‘frontliners’

SEREMBAN: Program ‘Singgah Sahur’ Skuad KeADILan Negeri Sembilan menyantuni ‘frontliners’ di sekitar Seremban dengan mengagihkan 200 pek juadah sahur.

Ketuanya, Saudara Gary Muthu berkata, sumbangan juadah sahur ini diagihkan kepada ‘frontliners’ di Kem Tentera Rasah, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Balai Bomba Seremban dan Ibu Pejabat Daerah Seremban serta petugas di Plaza Tol Seremban dan Bandar Ainsdale.

“Sebanyak 200 pek juadah sahur telah diagihkan menerusi program Singgah Sahur pagi kelmarin.

“Ini tahun kelima program ‘Singgah Sahur’ ini dianjurkan yang menyasarkan barisan hadapan (frontliners).

“Ia sebagai menghargai khidmat mereka yang bersengkang mata demi keselamatan dan kesejahteraan semua,” katanya.

Gary berkata, seramai 30 sukarelawan Skuad KeADILan terlibat mengagih makanan sahur di sekitar daerah Seremban bermula jam 11.30 malam hingga 3 pagi kelmarin.

“Sumbangan kami ini mungkin kelihatan kecil, tapi peluang menyantuni ‘frontliners’ ini amat besar nilainya buat kami,” ujar Gary.

Show More

Related Articles

Back to top button