Aktiviti

Sistem perparitan Kampung Pekan Jelai dinaik taraf

JELAI: Sistem perparitan di Kampung Pekan Jelai sedang dinaik taraf, kata Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu.

“Penduduk kampung mengadu sistem perparitan yang tidak sempurna dan tersumbat sejak sekian lama.

“Apabila projek ini siap tidak lama lagi, ia dapat menyelesaikan isu longkang tersumbat dan seterusnya memberi keselesaan kepada penduduk kampung,” kata Musliadi.

Sementara itu, dua ibu yang mempunyai anak yang menyusu menerima bantuan susu tepung bayi daripada Musliadi.

“Dua ibu ini mempunyai bayi yang masih menyusu dan sedang menjalanai kuarantin Covid-19 di rumah mereka di Kampung Orang Asli Panchor.

“Justeru, saya telah menyerahkan sumbangan susu bayi kepada kedua-dua ibu ini untuk meringankan beban yang dihadapi,” ujar Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button