Berita

Sistem perparitan Taman Sri Mawar 2 diselenggara, elak banjir

SRI TANJUNG: Majlis Perbandaran Port Dickson telah menjalankan kerja-kerja pembersihan longkang yang tersumbat di Taman Sri Mawar 2, Port Dickson.

ADUN Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi berkata, taman perumahan ini sering dilanda kejadian banjir akibat hujan lebat yang berterusan.

“Justeru, tindakan pembersihan longkang ini perlu bagi melancarkan sistem perparitan dan mengelakkan kejadian banjir daripada berulang.

“Terima kasih kepada Majlis Perbandaran Port Dickson yang menjalankan operasi pembersihan ini,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button