Berita

Siti Aishah turun padang dengar permasalahan Generasi Kedua Felda Jelai 4

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman mengadakan satu sesi perbincangan dengan Generasi Kedua Felda Jelai 4 dekat sini.

Siti Aishah berkata, Program ‘Santai Bersama Anak Muda Generasi Kedua’ diadakan bagi mendengar masalah dan keluhan anak muda di tanah rancangan Felda tersebut.

“Pelbagai masalah setempat telah diutarakan dalam pertemuan itu termasuk isu perumahan Generasi Kedua Felda.

“Saya akan panjangkan segala permasalahan ini kepada pihak berkaitan untuk mencari satu jalan penyelesaian,” ujar Siti Aishah.

Turut hadir dalam pertemuan Ahli Parlimen Tampin, YB Dato’ Dr.Hasan Baharom.

Ketua Pengarah MEEDC Wilayah Tampin, Puan Norhidayu Mohamed turut hadir memberi penerangan tentang peluang perniagaan. Beliau memberi panduan kepada generasi kedua Felda untuk mendaftar dan seterusnya mengembangkan perniagaan.

Show More

Related Articles

Back to top button