Aktiviti

SJKC Ma Hwa terima sumbangan CCTV dari Mary

RAHANG: Dalam usaha meningkatkan lagi aspek keselamatan pelajar, guru dan persekitaran sekolah; ADUN Rahang, YB Mary Josephine telah menyumbang sistem televisyen litar tertutup (CCTV) kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ma Hwa.

Mary berkata, beliau dan Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Zon Rahang, Saudari Winnie telah membuat lawatan ke SJKC Ma Hwa untuk meninjau perkembangan pemasangan CCTV.

“Kerja-kerja pemasangan telah siap dan kesemua kamera litar tertutup ini sangat berkualiti dan saya berasa sangat puas hati.

“Pada masa yang sama, saya juga sempat meninjau gelanggang bola keranjang yang sudah siap dicat semula beberapa bulan yang lepas.

“Saya amat berprihatin dengan keperluan terutamanya keperluan asas di semua sekolah-sekolah di bawah kawasan DUN Rahang. Ini termasuk aspek keselamatan dan kesejahteraan warga sekolah khususnya murid-murid.

“Saya akan terus memberikan sokongan padu kepada SJKC Ma Hwa,” kata Mary.

Turut hadir pada pagi ini ialah Pengerusi Lembaga Sekolah Dato Seri Wong dan Pengerusi PIBG Encik Lai serta pembekal sistem CCTV Encik Timothy.

Show More

Related Articles

Back to top button