Aktiviti

SJKC Simpang Pertang terima sumbangan kewangan dari Yus Mazmi

PERTANG: Penyelaras DUN Pertang, Tuan Yus Mazmi Ahmad Yusof telah menyerahkan sumbangan kewangan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Simpang Pertang, bagi menampung kos pembinaan tempat mencuci tangan berbumbung di pintu masuk utama sekolah.

Sumbangan kewangan tersebut diterima oleh Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS), Encik Leong Kar Hong.

Terlebih dahulu Yus Mazmi telah diberi taklimat ringkas berkaitan pematuhan ketat SOP kepada murid-murid, guru dan pengurusan sekolah oleh Guru Besar, Puan Lee Neng Chu.

Turut hadir Ahli LPS, Pengerusi MPKK Kampung Baru Simpang Pertang, Encik Siow Fook Fa dan Ahli Jawatankuasa MPKK Kampung Baru Simpang Pertang.

Show More

Related Articles

Back to top button