Berita

Skuad Bantuan Bencana Penyelaras DUN Pertang dalam mod ‘standby’

PERTANG: Penyelaras DUN Pertang, Tuan Zainal Fikri Abdul Kadir berkata; Skuad Bantuan Bencana Penyelaras DUN Pertang bersiap siaga menghadapi bencana alam.

Zainal Fikri berkata, Skuad Bantuan Bencana Penyelaras DUN Pertang ditubuhkan pada 1 Jun lalu dengan kekuatan 10 orang sukarelawan yang aktif.

“Memandangkan sekarang ini hampir setiap hari hujan, maka skaud ini diletakkan dalam mod ‘standby’, sekiranya berlaku sebarang bencana alam di DUN Pertang.

“Misi bantuan yang telah dijalankan sebelum ini adalah membantu mangsa banjir dan tanah runtuh di Kampung Petaseh dan Kampung Kerangai baru-baru ini.

“Semoga dengan wujudnya skuad ini, dapat membantu masyarakat yang terlibat dengan bencana alam,’ kata Zainal.

Zainal Fikri berkata demikian selepas menyerahkan peralatan baju hujan, t-shirt, water jet dan lampu suluh kepada skuad berkenaan di pejabatnya.

Sekiranya terdapat sebarang kecemasan di DUN Pertang, boleh menghubungi Skuad Bencana Penyelaras DUN Pertang di talian 013-2123225 (Encik Redwan) atau 013-3959533 (Encik Aris).

Show More

Related Articles

Back to top button