Berita

Negeri Sembilan berazam bebaskan struktur kerajaan dari belenggu rasuah

PORT DICKSON: Kerajaan Negeri Sembilan berazam untuk membebaskan struktur kerajaan daripada dibelenggu rasuah.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, oleh hal yang demikian, Kerajaan Negeri Sembilan telah mendahului negeri lain dengan pelan antirasuah peringkat negeri yang dipanggil Pelan AntiRasuah Negeri Sembilan 2020-2024.

“Di peringkat jabatan dan agensi di negeri ini juga sudah mula membangunkan PElan AntiRasuah Organisasi (OACP) masing-masing.

“Kita boleh lihat dua agensi peneraju di Negeri Sembilan iaitu Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan Pejabat Kewangan Negeri telah melancarkan OACP masing-masing.

“Saya berharap dengan adanya pelan tersebut, agensi utama Pentadbiran Kerajaan Negeri yang sering diperhatikan dan dinilai oleh masyarakat dan menyemarakkan budaya berintegriti dan kecemerlangan dalam kalangan kakitangannya,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button