Menarik

SMK Palong 2 terima sumbangan kewangan dari Musliadi

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu telah memberi sumbangan kewangan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Palong 2.

Musliadi berkata, sumbangan tersebut bertujuan membantu pihak sekolah menjalankan aktiviti pelajar.

“Saya juga turut memberikan sumbangan kewangan bagi membantu murid SMK Palong 2 yang akan menyertai Kejohanan Bola Baling Peringkat Kebangsaan.

“Semoga segala kerja keras mereka membuahkan hasil.

“Saya juga berharap sumbangan yang diberikan dapat memberi manfaat kepada mereka,” kata Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button