BeritaMenarikProgram

770 unit rumah PPR telah diserahkan: ARUL KUMAR

SEREMBAN: Sehingga 31 Ogos 2023 sebanyak 770 unit rumah PPR telah diserahkan kepada pemilik kediaman di Negeri Sembilan.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, YB J.Arul Kumar berkata, Skim Rumah PPR di Seremban adalah PPR Senawang dan PPR Rantau manakala Skim Rumah PPR di Port Dickson adalah PPR Ladang Siliau dan PPR Ladang Tanah Merah.

“Bagi PPR Senawang sebanyak 420 unit telah diserah dan 415 unit darinya telah diduduki manakala lima unit lagi masih kosong.

“PPR Rantau pula sebanyak 100 unit telah diserah dan 85 unit darinya telah diduduki dan 15 unit lagi masih kosong.

“Manakala PPR Ladang Siliau sebanyak 150 unit telah diserah dengan 145 darinya telah diduduki. Baki sebanyak lima unit lagi tidak dapat diduduki kerana terdapat kerosakan pada unit-unit tersebut.

“Sementara bagi PPR Ladang Tanah Merah sebanyak 100 unit telah diserah dan masih belum diduduki lagi,” kata Arul Kumar.

Menurut Arul Kumar lagi, serahan surat tawaran kepada peserta telah pun dibuat pada 21 Jun 2023.

“Walau bagaimanapun memandangkan terdapat bantahan terhadap pengisian di PPR berkenaan, tindakan penyelarasan sedang diambil oleh Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan untuk menyelesaikan perkara ini,” ujarnya.

Arul Kumar berkata demikian bagi menjawab pertanyaan ADUN Lobak, YB Chew Seh Yong (PH) di Persidangan Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Ke-15.

Show More

Related Articles

Back to top button