Aktiviti

SOP Covid-19: Aminuddin hargai keprihatinan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir; berkenaan prosedur operasi standard (SOP) rumah-rumah ibadat bukan Islam.

“Saya bersama Exco Hal Ehwal Bukan Islam, YB Arul Kumar Jambunathan dan ketua-ketua agama bukan Islam telah menghadap baginda.

“Baginda telah memberi nasihat berkenaan SOP rumah-rumah ibadat bukan Islam terutamanya dalam situasi pandemik yang semakin meruncing.

“Mewakili seluruh rakyat Negeri Sembilan, patik mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan dan kecaknaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam isu ini.

“Patik dan seluruh rakyat Negeri Sembilan memanjatkan doa agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam rahmat dan maghfirah Allah Subhanahu Wata’ala,” kata Aminuddin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button