Berita

SPM 2021: Usah berputus asa, teruskan usaha untuk kejayaan akan datang

BAGAN PINANG: Pelajar yang tidak mencapai keputusan membanggakan di dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2021 yang diumumkan semalam, dinasihatkan agar tidak berputus asa.

Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman berkata, walaupun ada pelajar yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang di dalam bidang akademik, pelajar masih boleh mencuba dalam bidang kemahiran mengikut minat masing-masing.

‘Kolej Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS) merupakan salah satu pilihan kepada pelajar Negeri Sembilan untuk menyambung pengajian dalam bidang kemahiran diri.

“Pelajar yang ingin menyambung pengajian di KAYNS, boleh datang ke pejabat saya untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Kepada pelajar yang mencapai keputusan yang cemerlang, saya ingin mengucapkan tahniah.

“Semoga kejayaan yang diperolehi membakar semangat untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” kata Nasir.

Show More

Related Articles

Back to top button