Berita

SRI TANJUNG: 1,300 keluarga dapat manfaat Bantuan Khas Covid-19

SRI TANJUNG: ADUN Port Dickson, YB Dato’ M.Ravi telah mengagihkan Bantuan Khas Covid-19 kepada 1,300 keluarga di DUN Sri Tanjung.

Ravi berkata, bantuan diagihkan dalam bentuk baucer bernilai RM100 setiap keluarga.

“Keluarga ini terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

“Saya telah mengagihkan baucer perbelanjaan bernilai RM100 secara berperingkat-peringkat sejak 16 Jun yang lalu.

“Baucer boleh digunakan pakai untuk membeli barangan keperluan dapur di kedai-kedai yang telah dilantik oleh Pusat Khidmat Rakyat ADUN Sri Tanjung,” jelas Ravi.

Peruntukan ini merupakan inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan bagi membantu masyarakat yang terjejas akibat PKP3.0.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengumumkan Bantuan Khas Covid-19 (Bakul Makanan) dengan peruntukan RM5 juta pada 2 Jun yang lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button