Aktiviti

Sri Tanjung: 35 pelajar terima bantuan BAS dari Ravi

SRI TANJUNG: Seramai 35 pelajar telah menerima Bantuan Anak Sekolah (BAS) dari ADUN Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi.

“Seramai 35 pelajar dari DUN Sri Tanjung telah menerima sumbangan RM550 yang diagihkan dalam dua fasa.

“Fasa pertama sebanyak RM250 dan hari ini fasa kedua sebanyak RM300 telah diagihkan.

“Saya berharap sumbangan dari Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan ini dapat meringankan beban ibubapa pelajar yang kurang berkemampuan,” kata Ravi.

Sementara Ravi berkata, di majlis ini juga dua orang peniaga kecil dari DUN Sri Tanjung telah menerima Sijil TUNS bernilai RM3,000 daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS).

Majlis ini telah dihadiri oleh semua Pengerusi MPKK dari DUN Sri Tanjung.

Show More

Related Articles

Back to top button