Berita

SRI TANJUNG: 400 pelajar Darjah Enam divaksin

SRI TANJUNG: Seramai 400 pelajar Darjah Enam telah divaksin dos pertama di bawah Program Vaksinasi Anakku Port Dickson yang diadakan di Klinik Kesihatan Port Dickson.

ADUN Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi berkata, 400 pelajar darjah enam yang menerima vaksin ini dari Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam, Sekolah Kebangsaan Port Dickson, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua Port Dickson, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Port Dickson, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang St.Leonards dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina St.Leonards.

“Terima kasih kepada Klinik Kesihatan Port Dickson yang menjalankan program vaksinasi ini.

“Semoga kita boleh mencapai imuniti kelompok tidak lama lagi,” kata Ravi selepas mengadakan lawatan tinjauan ke Klinik Kesihatan Port Dickson semasa program vaksinasi.

Show More

Related Articles

Back to top button