Berita

SRI TANJUNG: 50 keluarga terkesan dengan Covid-19 terima bantuan makanan

SRI TANJUNG: Pusat Khidmat Rakyat DUN Sri Tanjung dengan kerjasama Kelab Rotary Port Dickson telah mengagihkan sumbangan makanan kepada 50 keluarga yang terkesan dengan Covid-19.

ADUN Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi berkata, beliau dan Pengerusi Kelab Rotary Port Dickson, Encik S.Balamurugan telah menghulurkan sumbangan barangan keperluan dapur kepada 50 keluarga yang terjejas pendapatan akibat PKP di DUN Sri Tanjung.

“Menyedari ramai yang terkesan akibat Covid-19, saya dan Kelab Rotary Port Dickson telah berganding bahu bagi meringankan beban keluarga yang terjejas pendapatan akibat PKP,” kata Ravi.

Show More

Related Articles

Back to top button